Tahun Melawat Kelantan 2024 sasar 10 juta pengunjung

3 Jan 2024 • 1:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kamaruddin (kiri) melihat keadaan terkini tapak telaga Tok Kenali tiga iaitu Warisan Ulama Nusantara Pasir Tumboh di Kota Bharu.

image is not available
Sebahagian yang hadir dalam lawatan ke Warisan Ulama Nusantara di Kelantan.

image is not available
Kamaruddin (tiga dari kanan) mendengar taklimat semasa mengadakan lawatan ke tapak telaga Tok Kenali tiga iaitu Warisan Ulama Nusantara Pasir Tumboh di Kota Bharu.

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyasarkan 10 juta pengunjung domestik dan luar negara akan masuk ke bumi serambi Makkah sempena Tahun Melawat Kelantan 2024.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, ia akan dicapai jika tiada halangan dari segi wabak penyakit atau lain-lain perkembangan yang boleh membantutkan usaha tersebut.

"Kami yakin jumlah itu boleh dicapai, lagipun ia masih dalam proses pelaksanaan," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Sebelum itu beliau mengadakan lawatan ke tapak telaga Tok Kenali tiga iaitu Warisan Ulama Nusantara Pasir Tumboh di sini anjuran Persatuan Pegawai Kakitangan Masjid Kelantan.

Menurut beliau, pada masa sama pelbagai rancangan dan program telah dirangka dalam menyemarakkan Tahun Melawat Kelantan 2024.

Ujarnya, kerajaan negeri komited menjadikan Kelantan sebagai salah satu tarikan pelancong di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas itu berkata, pihaknya sudah merangka pertemuan dengan pemain industri pelancongan di Kelantan.

"Langkah itu bertujuan melihat perancangan untuk jangka masa panjang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved