
Di Instagram, pelakon Rita Rudaini memuat naik kenangan bercuti di Avillion Port Dickson bersama dua anak kesayangannya.
Namun, hantaran itu ‘dicemari’ dengan komen netizen yang bersimpati dengan bekas suami Rita iaitu pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Rita bercuti dengan anak-anak
Netizen itu berkata, dia menonton live di TikTok di mana anak-anak Aidil menyebut nama abang mereka, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.
Dia berpendapat tiada seorang ayah yang tak sayangkan anak dan meminta Rita memaafkan perbuatan bekas suami.
“Sedangkan Nabi ampunkan umat”


Haih, memang naik hantu la Rita Rudaini kan? Dia membalas komen tersebut mendakwa bekas suaminya hanya berlakon untuk meraih simpati.
Rita Rudaini naik hantu, pertahankan diri





Sebagai seorang ibu, dia yang membesarkan anak seorang diri sejak kecil dan bekas suami didakwa langsung tak bertanya khabar.


Rita dilihat mempertahankan diri yang bersusah payah membesarkan anak dari bayi. Pelakon ini tak bersetuju bekas suami mengaku ‘anak’ bila semuanya sudah besar panjang.
Netizen minta Rita Rudaini buang ego, dendam


Namun, netizen tersebut menasihati Rita supaya tidak terlalu emosi dan melawan hukum Allah SWT. Katanya, Rita perlu membuang ego dan dendam barulah Allah SWT memudahkan urusan yang lain.



Menurut Rita, netizen tidak sensitif apabila mencampuri urusan hidup orang lain. Bagi Rita, dia hidup bahagia bersama dua anak sejak mereka kecil lagi.
Kredit: Instagram Rita Rudaini


