Taikun Lee Kim Yew Akan Tentang Perintah Muflis

12 Apr 2023 • 10:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lee Kim Yew - Gambar dari Facebook Tan Sri Lee Kim Yew

KUALA LUMPUR - Tindakan undang-undang tidak berasas dikenakan di luar negara.

Tan Sri Lee Kim Yew berkata, itu adalah rumusan kepada pengisytiharan muflis dibuat ke atasnya

Rekod dikeluarkan Jabatan Insolvensi awal hari ini mendedahkan, Pengasas Country Heights Holdings Bhd (CHHB) tersebut diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Januari.

Bercakap kepada The Vibes, Lee berkata, beliau akan menentang dakwaan itu dan sebarang percubaan untuk mencemarkan reputasinya.

“Saya tidak mengisytiharkan diri saya muflis seperti yang laporkan secara salah, ada pihak yang mengisytiharkannya,” katanya ketika dihubungi.

Rekod menunjukkan bahawa pempetisyen adalah Gerald Patrick Healy.

image is not available
Rekod Jabatan Insolvensi menunjukkan Tan Sri Lee Kim Yew diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Januari 2023.

Lee berkata, pertikaian itu membabitkan RM3 juta berkaitan satu perkara di Amerika Syarikat.

“Lebih banyak akan didedahkan pada sidang akhbar esok,” kata Lee.

Beliau akan mengadakan sidang media tengah hari esok di Mines Beach Resort.

Lee, 68 terkenal dengan pembangunan hartanah, antaranya Palace of the Golden Horses dan Mines. - The Vibes 12 April 2023
 

View Original Article