Taiwan Hentikan Jualan Mi Segera Dari Malaysia & Indonesia, Dakwa Ada Bahan Penyebab Kanser

25 Apr 2023 • 4:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dua jenama mi segera dari Malaysia dan Indonesia telah dihentikan jualan di Taipei

Taiwan Hentikan Jualan Mi Segera Dari Malaysia & Indonesia, Dakwa Ada Bahan Penyebab Kanser. Dilaporkan, dua jenama mi segera dari Malaysia dan Indonesia telah dihentikan jualan di Taipei apabila ia didakwa mengandungi bahan penyebab kanser.

Perkara ini diumumkan oleh Jabatan Kesihatan Taipei apabila kedua-dua jenama mi segera terbabit didapati mengandungi ethylene oxide, sebatian kimia dikaitkan dengan limfoma dan leukemia.

image is not available
Taiwan Hentikan Jualan Mi Segera Dari Malaysia & Indonesia, Dakwa Ada Bahan Penyebab Kanser

Ujian dibuat oleh Jabatan Kesihatan Taipei

Menurut laporan, jenama mi segera Malaysia iaitu ‘Ah Lai White Curry Noodles’ didapati mengandungi ethylene oxide dalam kedua-dua mi dan paket perisa.

Bagi jenama mi segera Indonesia pula, bahan itu hanya terdapat dalam paket perisa produk ‘Indomie: Special Chicken Flavour.’

image is not available
Ah Lai White Curry Noodles

image is not available
Indomie Special Chicken Flavour. Kredit: Indomie

Kedua-dua hasil ini adalah daripada ujian yang telah dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Taipei.

Untuk menjalankan ujian berkenaan, jabatan itu telah menjalankan pensampelan rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu.

Peruncit yang menyediakan sampel telah diarahkan untuk mengeluarkan kedua-dua produk dari rak

Pengambilan atau penyedutan bahan itu boleh menjadi racun dan boleh menyebabkan kerengsaan mata dan kulit, serta kecacatan kelahiran dan keturunan.

Peruncit yang menyediakan sampel telah diarahkan untuk mengeluarkan kedua-dua produk itu dari rak mereka, dan pengimport produk itu akan berdepan denda antara NT$60,000 (kira-kira RM8,700) hingga NT$200 juta (kira-kira RM29 juta), seperti yang dinyatakan oleh jabatan itu.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Taipei Times

Sementara itu, dilaporkan bahawa syarikat pengeluar ‘Ah Lai White Curry Noodles’ telah menghantar mi mereka untuk ujian susulan tuduhan bahawa terdapat antara produk mereka mengandungi bahan penyebab kanser.

Tiada kemas kini mengenai keputusan ujian itu pada masa penulisan setakat ini.

Lagi di sini: