Tajuddin beri mesej 'hehe', gembira penarikan gantung ahli UMNO

LocalPolitics
26 Nov 2024 • 2:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tajuddin

IPOH - Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman gembira dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang melepas dan menarik semula penggantungannya sebagai ahli parti.

Ia dinyatakan dalam mesej yang dihantar beliau kepada pemberita pada Selasa.

"Hehe...., maaf saya ada di Kuala Lumpur," tulisnya tanpa mengulas lanjut.

Tajuddin digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti itu dan telah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali.

Pada Isnin, Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilapor berkata, keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat MKT yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Selain Tajuddin, beberapa lagi pemimpin UMNO menerima nasib sama sebelum ini ialah bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved