Tajuddin Digugur Sebagai Ahli MKT UMNO

Politics
24 Jun 2022 • 7:18 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor merakamkan penghargaan kepada pemimpin itu atas khidmatnya sebagai ahli MKT.

“Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri (Tajuddin) sebagai ahli MKT UMNO,” katanya menerusi surat bertarikh 21 Jun seperti dilaporkan FMT.

Ahmad bagaimanapun tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat daripada jawatan terbabit dalam surat itu.

image is not available

Malah, Ahli Parlimen Pontian itu berharap Tajuddin akan meneruskan khidmatnya sebagai ahli politik yang komited.

Pada masa sama, Ahmad merakamkan ucapan tahniah di atas pengumuman pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Terdahulu, Tajuddin dipecat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) selepas membuat jenaka pada sidang akhbar susulan kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) pada Mei tahun lalu, sekali gus mengundang kecaman orang ramai. - Getaran, 24 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved