Tak Ada Ahli Lain Yang Perasan, Ini Cara Nak Keluar Grup Whatsapp Secara Senyap-senyap

15 Nov 2022 • 8:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perbualan harian hari ini tidak lagi terbatas dengan perjumpaan secara bersemuka semata-mata. Orang ramai tidak lagi perlu keluar lepak di kedai mamak semata-mata untuk berborak hingga lewat malam. Kita berada di zaman kegemilangan teknologi dan cara kita berbual juga turut berubah.

Dengan adanya teknologi permesejan seperti Whatsapp, ramai daripada kita rancak berborak setiap hari tanpa perlu bangun dari katil pun. Chat, voice note, emoji, gambar dan video memanaskan lagi mesej berkumpumpulan dalam Whatsapp ini. Ada kalanya, ia melampaui bantas apatah lagi jika ahli kumpulan lain tidak tahu bila waktu nak menarik brek dan berehat.

Jadi, pilihan bagi kita yang tidak mahu berlebihan ini sangatlah terhad. Selain mute, apa yang kita boleh buat adalah meninggalkan kumpulan chat tersebut. Namun, apa yang ditakutkan adalah kita mungkin dianggap tidak beradab atau tidak mahu berkawan apabila meninggalkan grup yang besar secara tiba-tiba.

Kini, aplikasi WhatsApp telah pun menyediakan kemaskini terbaru dengan ciri yang lebih selamat untuk semua pengguna termasuklah keluar daripada kumpulan tanpa disedari oleh ahli-ahli yang lain.

Oleh itu, meneroka laman sesawang berita Business Insider, mereka ada berkongsi cara bagaimana untuk keluar daripada kumpulan WhatsApp tanpa disedari oleh ahli-ahli yang lain.

Cara yang sangat mudah, anda hanya perlu pergi ke kumpulan sembang yang anda ingin ‘keluar’ dan klik nama kumpulan yang terdapat pada bahagian atas skrin. Pada halaman maklumat, tatal ke bawah dan klik ‘Keluar Kumpulan’.

image is not available
Gambar via Business Insider

image is not available
Gambar via Business Insider

Menurut Business Insider, anda akan segera meninggalkan kumpulan tersebut tanpa disedari oleh ahli kumpulan yang lain, kecuali pentadbir kumpulan.

Walau bagaimanapun, mereka tetap boleh melihat bahawa anda telah keluar daripada kumpulan dengan memeriksa senarai ahli kumpulan pada halaman butiran.