Tak Ada Duit Beli Baru, Bakal Bapa Nak ‘Swap’ Motor Dengan Kereta Demi Anak Sulung

Cars
13 Jul 2024 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bapa

Tular di Facebook seorang lelaki yang bakal menimang cahaya mata sulung November nanti mengiklankan motosikal untuk ditukar dengan sebuah kereta.

Lelaki berkenaan membuat hantaran di group Swap Kereta Suka Sama Suka menunjukkan jenis motosikal yang dimilikinya.

Dia juga mengepilkan gambar buku pink tertera namanya sebagai bapa dan anggaran tarikh kelahiran bayinya nanti.

image is not available

Katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membeli kereta baru dan tidak kisah kereta apa asalkan isterinya setuju.

Swap kereta apa dapat. Duit tak ada nak beli kereta. Bulan 11 anak sulung keluar. Tak kisah kereta apa sekali pun. Ikut suka wife dia nak kereta macam mana nanti dia yang pilih. Saya ikut dia je nak macam mana. Dia on saya on.

Perkongsian yang dibuat lelaki ini mendapat perhatian sehingga ramai yang membuat tawaran yang menarik.

image is not available

Ada seorang pengguna Facebook menawarkan Proton Inspira tahun 2011 dengan harga pasaran lebih RM20,000.

Katanya, bakal bapa itu tidak perlu tambah duit, boleh tukar sahaja dengan motosikal kerana dia mahu bersedekah.

image is not available

Jap!


View Original Article