“Tak Ada Orang Nak Anak Dia Macam Tu” – Edry Hashim Luah Rasa Penat, Kecewa Kesedaran Autisme Masih Rendah

EntertainmentFamily & Parenting
16 Nov 2026 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Komposer dan penerbit muzik terkenal, Edry Hashim meluahkan rasa kecewa terhadap tahap kesedaran masyarakat Malaysia mengenai autisme yang disifatkannya masih terlalu rendah.

Menerusi beberapa hantaran di Threads,  Edry berkongsi cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa dalam membesarkan anak autisme, termasuk tekanan emosi dan keletihan yang mungkin sukar difahami oleh orang lain.

Advertisement

Akui Penat Berdepan Cabaran Membesarkan Anak Autisme

Menurut Edry, bukan mudah untuk menguruskan anak autisme terutama apabila mereka mempunyai kehendak tertentu sehingga boleh menyebabkan berlakunya tantrum.

Edrie

“Anak autism ni kalau dia NAK! Dia NAK laa… dia nak makan situ! situ lah.. kalau nasib baik dia dgr ckp.. kalau nasib tak baik kena cakar, tantrum, menjerit.”

Edry turut mengakui ada kalanya ibu bapa berasa tidak berdaya, penat dan marah ketika berdepan situasi sedemikian, malah mereka sendiri masih dalam proses belajar untuk menghadapinya.

“For a frustrated parents, we are helpless, letih, penat, marah, still learning to cope! Takde Org nak anak dia mcm tu!!!”

Minta Netizen Faham Perasaan Ibu Bapa Ada Anak Autisme

Dalam masa sama, Edry berharap masyarakat dapat memahami walaupun sedikit perasaan dan tekanan yang ditanggung oleh ibu bapa yang membesarkan anak autisme.

Katanya, meskipun anak istimewa sering dianggap sebagai anugerah, hakikatnya ibu bapa juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada rasa penat dan kecewa.

View this post on Instagram

“HENCE we wish the world would understand 1% our frustration with the whole ‘ANUGERAH’ thing… never entitled .. but penat, sepenatnya… tapi ALLAH DAH ANUGERAH kan? .. ya ok kita jalan terus…”

Dalam hantaran susulan, Edry turut menjelaskan dirinya sudah tidak mahu lagi berdebat atau memberikan penjelasan kepada individu lain mengenai perkara tersebut.

“again aku malas nak explain, arguing with people.. just not worth it.. but I feel @adamsautismfamily .. May Allah be with us”

Kecewa Tahap Kesedaran Autisme Di Malaysia Masih Rendah

Mengakhiri luahannya, Edry sekali lagi menyuarakan rasa kecewa terhadap tahap kesedaran autisme dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Just super FRUSTRATED, malaysian punya autism awareness is still at an all time low. ”

Perkongsian tersebut memperlihatkan cabaran emosi yang dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak autisme, khususnya apabila berdepan dengan masyarakat yang mungkin kurang memahami situasi mereka.

Luahan Edry juga menjadi peringatan tentang pentingnya kefahaman dan empati masyarakat terhadap keluarga yang mempunyai anak autisme, tanpa terlalu cepat membuat andaian mengenai cabaran yang mereka lalui.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Tak Ada Orang Nak Anak Dia Macam Tu” – Edry Hashim Luah Rasa Penat, Kecewa Kesedaran Autisme Masih Rendah2026-11-16 10:56:43

Hantaran Video Bapa Adam Autism Family Cetus Kecaman Ramai, Wanita Buat Laporan Polis Dakwa Situasi Dimanipulasi - "Langsung Tak Ada Mohon Maaf"

The post “Tak Ada Orang Nak Anak Dia Macam Tu” – Edry Hashim Luah Rasa Penat, Kecewa Kesedaran Autisme Masih Rendah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved