“Tak Ada SarJi-SarJi Ya & Tak Akan Terjadi!” – Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled, Pelakon Indonesia Hilang Sabar

LocalEntertainment
14 Sep 2025 • 12:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh popular yang juga seorang pelakon Indonesia, Fuji sering kali dijodohkan dengan YouTuber Malaysia, Aisar Khaled selepas mereka kerap kali muncul dalam video bersama-sama.

Fuji berang peminat tak berhenti jodohkan dengan Aisar Khaled

Namun begitu, perkara tersebut rupanya membuatkan Fuji berasa tidak selesa, malah sempat menyuruh peminat yang sering menggabungkan nama mereka menjadi ‘SarJi’ (Aisar + Fuji) untuk menghentikan hal tersebut.

Malah, dapat dilihat juga hubungan yang sebelum ini kelihatan rapat, kini sudah tiada lagi.

Tak ada SarJi-SarJi ya, maaf sangat. Tak akan pernah dan tak akan terjadi!

Rakan-rakan yang turut ada sewaktu membuat live itu jelas dilihat berasa terkejut melihat reaksi Fuji yang kelihatan sangat marah.

Aisar tampil mohon maaf

Sedar mengenai hal tersebut, Aisar tampil membuat siaran langsung di TikTok untuk menjernihkan keadaan dengan memohon maaf kepada Fuji dan keluarganya jika pernah menyinggungkan perasaan mereka.

image is not available

Kepada Fuji dan juga seluruh keluarga Fuji, saya minta maaf kalau selama ini dalam perkenalan kita yang sementara, kalau ada salah. Meskipun abang saya atau keluarga saya tersalah, saya di sini ingin mohon maaf.

Dalam pada itu, YouTuber tersebut berharap agar selepas ini tiada lagi salah faham atau hal negatif yang timbul antara dirinya dan Fuji.

image is not available 2025-06-24 16:13:11

"Inilah Lautan Fans Mu" - Sanggup Berarak Walau Panas Terik, Aisar Khaled Dikerumuni Ribuan Peminat Ketika ‘Fan Meet’ Di Kota Medan