“Tak Ada Siapa Nak Tengok Bini Kau, Bukan Cantik Pun” – Hafidz Roshdi Bengang Wajah Isteri Dikutuk

13 Feb 2023 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Hafidz Roshdi meluahkan rasa berang terhadap sikap biadap seorang pengguna media sosial yang bertindak mengutuk wajah isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 29 tahun itu telah memuat naik gambar individu berkenaan dan meminta orang ramai untuk menjejakinya.

Malah, Hafidz turut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan remaja lelaki itu dan menyatakan hasrat untuk bersemuka dengannya.

image is not available

Sebelum dia private muka minta penyepak ni, korang tolong cari kawan-kawan dia, sila DM.

Menerusi hantaran di Instagram Story itu, Hafidz berkongsi tangkap layar komen yang ditinggalkan lelaki berkenaan yang mempersendakan wajah isterinya pada ruangan komen di sebuah portal.

“Tak ada siapa pun nak tengok bini kau tu. Bukan cantik pun.” tulis lelaki berkenaan.

image is not available

Susulan itu, remaja berkenaan kemudiannya mengambil tindakan memadam komen tersebut dan menghantar mesej permohonan maaf kepada Hafidz.

Bagaimanapun, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu seolah-olah sukar menerima permohonan maaf berkenaan dan meminta untuk mereka tetap bersemuka.

Minta maaf apa? Jom jumpa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Cari Penyakit Kau Ni!" - Baju Warna Kulit Undang Perhatian, Netizen 'Mengucap' Tengok Busana Janna Nick Di AJL37