Tak Ada Visa Haji, 63 Rakyat Malaysia Diusir Dari Makkah Ke Jeddah

25 May 2025 • 2:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Belum pun masuk musim puncak haji, seramai 63 rakyat Malaysia telah diusir dari Makkah ke Jeddah selepas didapati tidak memiliki visa haji yang sah.

63 rakyat Malaysia diusir dari Mekah

Memetik laporan dari Berita Harian, perkara itu telah disahkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menerusi laporan rasmi pihak berkuasa tempatan setakat 21 Mei lalu.

“Sehingga 23 Mei 2025, berdasarkan maklumat kami terima daripada pihak berkuasa tempatan, 63 rakyat Malaysia dilaporkan telah diusir keluar dari Makkah ke Jeddah kerana tiada visa haji sah,” jelas kenyataan itu.

image is not available

sekadar gambar hiasan

63 rakyat Malaysia diusir tak ada visa haji

Tindakan keras ini selari dengan amaran tegas kerajaan Arab Saudi yang tidak akan berkompromi terhadap sesiapa yang cuba mengerjakan haji tanpa permit sah.

Mereka yang ditahan bukan sahaja diusir, malah boleh dikenakan denda mencecah RM113,000 serta disenarai hitam dari memasuki negara itu selama 10 tahun.

“Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menerima beberapa laporan mengenai rakyat Malaysia yang diusir keluar dari Makkah ke Jeddah oleh pihak berkuasa tempatan kerana tidak memiliki visa atau permit haji sah,”

image is not available

Foto: Berita Harian

Pemeiksaan ketat pihak berkuasa Arab Saudi

Difahamkan, Arab Saudi sebelum ini menguatkuasakan peraturan bahawa semua pemegang visa selain visa haji perlu keluar dari Makkah sebelum 1 Zulkaedah (29 April) untuk memastikan keselamatan dan kelancaran operasi ibadah haji.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Pemeriksaan rawak juga giat dilakukan bukan sahaja di hotel, malah bangunan kediaman juga tidak terkecuali.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil jalan mudah atau terpedaya dengan tawaran tidak sah yang boleh membawa padah hingga menggagalkan niat ke Tanah Suci.

Sumber: Berita Harian (Latifah Ariffin)