“Tak Adil, Beliau Tak Bersalah” – Anak Kecewa Najib Tak Dapat Pengampunan Penuh Dan Tak Bebas Serta-Merta

Politics
3 Feb 2024 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biarpun bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengurangan 50 peratus hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalani, anak perempuannya iaitu Nooryana Najib masih tidak berpuas hati.

Bapa tak bersalah, luah rasa kecewa

Selepas berita terkini tentang bapanya disiarkan di setiap platform, Yana Najib membuat hantaran di Instagram meluahkan rasa kecewa terhadap hukuman bapa.

Kami menghargai pengurangan hukuman penjara, kami berasa kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak tidak dapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by yananajib (@yananajib)

Tak adil, wajar dibebaskan!

Kata Yana, Najib sewajarnya dilepaskan dan dibebaskan kerana yakin dia tidak bersalah.

Bahkan, wanita itu turut membuat simbol ‘tanda pagar’ di ruangan kapsyen bertulis ‘Pulangkan Najib’ dan ‘Demi Najib’.

Sekadar info, Najib Razak mendapat pengurangan penjara dari 12 tahun menjadi 6 tahun, ia sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

image is not available 2 days ago

[TERKINI] Najib Razak Dibebaskan 23 Ogos 2028, Denda Dikurangkan RM50 Juta