“Tak Adil Langsung. Sejak Bercerai Makan, Tempat Tinggal Semua Tak Peduli” – Abby Abadi Kesal Norman Hakim ‘Lepas Tangan’ Isu Anak

EntertainmentFamily & Parenting
20 Apr 2025 • 5:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform Threads, pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mengakui berasa sedih dengan isu yang dihadapinya ketika ini, lagi-lagi bekas suami iaitu Norman Hakim seakan-akan tidak kisah mengenai isu anak mereka, Marissa Dania.

Norman Hakim tak bertanggungjawab & ‘lepas tangan’ isu anak?

Kata Abby di akaun Threadsnya, Norman sama sekali tidak pedulikan keperluan anak ataupun menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa sejak mereka bercerai.

image is not available

Tapi apa yang saya geram dan marah sangat, hak anak-anak dengan dia (Norman) ambil mudah je semua. Dari anak kecil sampai dah besar. Tak adil langsung! Sejak bercerai, makan, pakai, tempat tinggal semua tak peduli. Dari tak berduit, sampai dah kaya.

Netizen simpati dengan Abby

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap Norman yang seakan-akan ‘lepas tangan’, malah dilihat sebagai bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab sepatutnya.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan agar ujian yang menimpa Abby ini akan digantikan dengan hal-hal yang baik di masa akan datang.

image is not available 23 hours ago

"Tiada Maaf Bagimu, Saya Tiada Menantu" - Abby Abadi Tutup 'Pintu Maaf' Buat Aslam