“Tak Akan Tunduk, Sejak Hari Pertama Fokus Saya Untuk Keadilan” – Foto Dengan Datuk Ram Singh Tular, Peguam Keluarga Arwah Zara Bersuara

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina iaitu Shahlan Jufri tampil menafikan dakwaan mengenai tularnya foto lama dia bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali dengan kes kematian pelajar tersebut.

“Fitnah berniat jahat untuk kelirukan masyarakat!”

Dapat dilihat dalam gambar tersebut, Shahlan bergambar bersama beberapa pemimpin dan peguam lain dalam satu pertemuan.

Gambar tersebut sebenarnya dirakam pada Jun 2025, iaitu jauh sebelum tragedi berlaku. Cubaan pihak tertentu mengaitkan gambar itu dengan kes Zara adalah satu fitnah berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat. Saya tegaskan komitmen saya hanya kepada keadilan untuk arwah Zara.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, Shahlan turut menyenaraikan beberapa langkah penting yang berjaya dilaksanakan sejak dirinya dilantik sebagai peguam keluar mangsa dan antaranya adalah penggalian semula kubur dan pelaksanaan post mortem, di mana lebih lapan jam berada di bilik bedah siasat atas permintaan anak guam.

Bertegas tak akan tunduk dengan tekanan memesongkan perjuangan demi Zara

Tambahannya lagi, segala tindakan yang diambil dijalankan secara profesional, berlandaskan integriti undang-undang tanpa tunduk kepada sebarang politik.

image is not available

Saya tidak akan tunduk pada sebarang tekanan atau cubaan memesongkan perjuangan ini. Sejak hari pertama saya dilantik, fokus saya hanya untuk memastikan keadilan buat arwah Zara.

Sebelum ini, kecoh di platform media sosial netizen mempertikaikan tindakan Shahlan bergambar bersama individu-individu tersebut biarpun ia merupakan gambar lama.

image is not available 2025-08-21 14:30:48

Sebut Nama Anak Menteri Sabah, Saifuddin Akui Khilaf - "Bukan Anak Datuk Ariffin, Saya Tarik Semula Kenyataan Itu"