“Tak Apa La Bro, Kau Tak Tahu..” – Alif Satar Buat ‘Showcase’ Dalam Gereja Di London, Rakan Tampil Beri Penjelasan

2 May 2024 • 1:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada 28 April lalu, Alif Satar & The Locos telah mengadakan showcase di St John’s, Hyde Park, London. Persembahan mereka mendapat sambutan yang meriah namun lokasi tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Alif pilih lokasi gereja

Ekoran acara tersebut, seorang pengguna TikTok telah memuat naik hantaran membidas dan mengkritik Alif serta kumpulannya yang didakwa melakukan persembahan di dalam sebuah gereja.

Hantaran yang sama juga telah menarik perhatian penyanyi tersebut untuk meninggalkan komen di post berkenaan.

Lepas dia dah layan program solat subuh macam Jumaat dekat masjid, dia sambung layan program goyang macam disko dekat gereja pulak.

 

Tak apa la bro, kau tak tahu.

image is not available

Lokasi adalah pusat komuniti

Tak lama selepas itu, rakan kepada Aliff iaitu Zaidan Zainuddin, tampil menjelaskan tentang pemilihan lokasi persembahan tersebut di Instagram. Katanya, lokasi terbabit merupakan dewan yang sering disewakan pada orang umum untuk pelbagai majlis.

Tempat ni memang event space dan gereja ni tak ada cross pun pasal ia adalah anglican chruch..

 

Kenapa kita ada pemikiran sempit dan perspektif yang bukan muslim tak boleh masuk kawasan masjid dan orang Islam tak boleh masuk gereja..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaidan Zainuddin (@zaidan_zainuddin)

Sementara itu, Alif juga dilihat repost hantaran berkenaan di Instagram miliknya dan berterima kasih kepada sahabatnya itu.

image is not available 3 months ago

Ryzal Ibrahim Dikecam Masuk 'Gereja', Netizen Geram Masih Ada Yang Pemikiran Kolot - "Dah 2024, Banyakkan Membaca"