
PENYANYI muda sedang meningkat naik Umairah melancarkan lagu raya berjudul Tak Balik Raya.
Bernaung di bawah SN Legacy Sdn Bhd lagu berkenaan menyajikan lirik mengenai dilema seseorang yang terpaksa menyambut hari raya berjauhan dengan keluarga kerana terpaksa bekerja.
Sudah dilancarkan di semua platform digital lagu Tak Balik Raya menceritakan realiti sebenar yang dialami oleh anak rantau setiap kali menjelang musim perayaan.
Menurut Umairah single rayanya itu bukan sahaja menyampaikan emosi rindu dan sayu tetapi menyuntik elemen kegembiraan dengan melodi yang segar.
“Walaupun liriknya menyentuh hati namun ada nada memujuk melalui kemajuan teknologi terkini anak-anak masih dapat menghubungi keluarga dengan pelbagai cara seperti membuat panggilan telefon dan sebagainya.


