“Tak Banyak Peluang..” – Suzy Akui Lebih Puas Jadi Pelakon Berbanding Jadi Idola

Entertainment
5 Jun 2024 • 8:37 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sebelum jadi pelakon, pasti ramai yang kenal Suzy sebagai ahli miss A dulu kan?

Baru-baru ini, Suzy telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tayangan filem barunya “Wonderland”. Ketika sesi temu bual, wanita itu mengimbas kembali tentang kerjayanya sebagai idola pada masa lalu,

Dulu, saya tak rasa diri saya pada masa lalu adalah comel. Tapi sekarang, saya rasa Suzy yang lebih muda adalah comel bila saya tengok balik.

Kemudian, pelakon “Vagabond” itu turut mengaku bahawa dia berasa lebih puas menjadi seorang pelakon berbanding sebagai idola,

Ketika saya muda, saya tiada masa lapang dan lebih berdaya saing. Pada masa itu, saya tidak mempunyai peluang untuk merenung kehidupan saya, jadi saya mengalami banyak kesukaran kerana saya masih muda dan tak tahu apa-apa yang lebih baik.

image is not available

Sambungnya lagi,

Sekarang saya mempunyai masa lapang untuk lebih melihat kehidupan saya jadi saya lebih puas. Namun, saya rasa saya dapat rasakan emosi ini kerana pengalaman yang saya lalui.

Sementara itu, filem baru Suzy “Wonderland” bakal ditayangkan pada 5 Jun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.