
Kejadian yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia ini melibatkan seorang lelaki yang telah menetak majikannya kerana tidak membayar gaji mengikut perjanjian yang sepatutnya.
Pihak polis Indonesia melaporkan kejadian itu berlaku apabila lelaki tersebut menetak mangsa yang sedang tidur dengan menggunakan lesung batu.
Perjanjian yang belum dibayar

Ketua Polis Bekasi, Gidion menerangkan kes tersebut setelah melakukan siasatan terhadap suspek yang telah ditangkap pada Khamis yang lalu.
Menurut suspek, ada perjanjian gaji yang belum dibayar.
Suspek dikatakan telah memukul muka dan kepala mangsa sebanyak tiga kali menggunakan lesung batu dan telah dihukum penjara selama 20 tahun.
Kredit: Kosmo
The post Tak Bayar Gaji, Majikan Mati Ditetak Lesung Batu appeared first on Oh! Media.


