Tak bayar hutang pinjaman hampir RM1 juta, rumah Che Ta diserbu Mara

LocalEntertainment
10 Dec 2024 • 12:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tak bayar hutang pinjaman

Gara-gara tak bayar hutang pinjaman, kediaman pelakon sensasi, Rozita Che Wan diserbu oleh pihak Majlis Amanah Raya (Mara) pada pagi ini.

Menurut laporan Kosmo!Online, serbuan itu dibuat gara-gara Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta gagal melunaskan hutang pinjaman dari agensi tersebut hampir RM1 juta.

Difahamkan, pelakon tersebut tidak berada di rumah ketika serbuan dibuat namun, hanya ibu kepada aktres tersebut mendiami kediaman mewah itu di Kota Damansara.

Tak bayar hutang pinjaman

image is not available

Tak bayar hutang pinjaman

image is not available

Anak Che Ta tiba di rumah terbabit selepas satu jam pihak Mara berada di lokasi terbabit.

Terdahulu, kediaman bersama empat kenderaan milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, disita hari ini selepas beliau gagal melangsaikan hutang lebih RM1 juta.

Sumber: Kosmo!Online