Tak bayar pinjaman PTPTN? Kerajaan kaji semula sekat peminjam ke luar negara

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 3:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan semula sekatan perjalanan keluar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang enggan membayar pinjaman walaupun berkemampuan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata perkara itu masih dalam peringkat pertimbangan dan belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan setakat ini.

“Sekatan keluar negara sedang dalam pertimbangan, tetapi buat masa ini belum ada keputusan.
“Mungkin kita akan kaji semula tetapi buat masa ini belum ada pertimbangan untuk mengadakan sekatan kepada peminjam kita,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

image is not available

Tak bayar pinjaman PTPTN

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada kerajaan akan mengenakan semula sekatan perjalanan terhadap peminjam tegar yang enggan melunaskan hutang PTPTN.

Selain itu, Lim turut meminta penjelasan mengenai penghentian pengecualian bayaran balik pinjaman bagi graduan ijazah sarjana muda kelas pertama.

image is not available

Mengulas lanjut, Mustapha menjelaskan laman sesawang PTPTN sebelum ini diselenggara dan permohonan pengecualian tersebut akan dibuka semula mulai 1 September ini.

“Kepada yang berkenaan, boleh membuat permohonan semula terutama yang telah mendapat keputusan kelas pertama,” katanya.

image is not available

Kredit Foto BERNAMA

Menurut beliau, skim pengecualian yang diperkenalkan kerajaan sejak 2001 telah memberi manfaat kepada 133,159 peminjam dengan nilai keseluruhan kira-kira RM2.9 bilion.