Tak Bayar SPayLater Lebih RM2,000, ‘Debt Collector’ Serang Pejabat Penghutang

20 Dec 2023 • 2:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tidak dapat dinafikan, trend “beli sekarang, bayar kemudian” (BNPL) semakin popular sejak kebelakangan ini tatkala pembelian dalam talian kian menjadi norma masyarakat.

Semakin banyak platform jualan mula menawarkan kemudahan pembayaran secara ansuran kepada semua pengguna termasuklah servis seperti GrabPayLater, Atome, dan Shopee SPayLater.

image is not available

Bagaimanapun, baru-baru ini ada individu meluahkan kebimbangan apabila pemungut hutang datang ke pejabatnya untuk menuntut sejumlah wang yang masih belum dibayar di Shopee SPayLater berjumlah RM2,200.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh individu tersebut menerusi laman Facebook @Muflis Bankrupt di Malaysia sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

 

image is not available“Salam, nak mintak pendapat. Saya ada hutang Shopee SPayLater dalam RM2,200. Pengutip hutang datang pejabat minta bayar pada hari yang sama.

“Bulan depan baru saya nak bayar penuh. Andai kata pengutip hutang datang pejabat lagi buat kecoh boleh lapor polis ke? Risau pula pengutip hutang datang pejabat lagi buat kacau. Mereka cakap dah tak boleh bagi masa untuk bayar,” ujarnya.

Dah berhutang sepatutnya bayar lah

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat individu tersebut sepatutnya melangsaikan hutang tersebut memandangkan ia adalah tanggungjawabnya.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Tak sangka pula datang betul-betul

Bukan itu sahaja, ada juga netizen tidak menyangka pemungut hutang akan bertindak sedemikian memandangkan ia jarang berlaku terhadap penghutang.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

View Original Article