Tak Bayar Tunggakan Caruman PERKESO, Bubblebee didenda RM17,500

LocalBusiness & Finance
11 Nov 2024 • 3:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Syarikat pengeluar air minuman, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee) dijatuhi denda berjumlah RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas tujuh pertuduhan, termasuk kegagalan membayar tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Memetik laporan Sinar Harian, Majistret Ameera Mastura Khamis telah memutuskan demikian selepas syarikat itu yang diwakili oleh dua pengarahnya, Shahmira Muhamad, 40, atau Shuib dan Koh Choon Guan, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan mereka.

image is not available

Foto: Instagram @shuibsepahtu

Mahkamah juga mengarahkan agar pemilik syarikat tersebut dipenjarakan selama dua bulan sekiranya gagal melunaskan denda yang dikenakan.

Selain itu, syarikat berkenaan dibenarkan untuk membuat pembayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada PERKESO.

image is not available

Foto: Carian Google

Terdahulu, Bubblebee menghadapi tiga pertuduhan sebagai majikan utama kepada seorang lelaki berusia 25 tahun yang gagal membayar caruman bagi bulan November hingga Disember, berjumlah RM97.80.

Seterusnya, pertuduhan ingkar saman pula sebanyak RM2,500 dan dokumen berkaitan perlu diserahkan kepada PERKESO pada 20 Disember depan.

image is not available

Foto: Carian Google

Bukan itu sahaja, kedua-dua pertuduhan tersebut juga menyebabkan Bubblebee didenda RM7,500 masing-masing untuk Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan dihadapi syarikat itu adalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

image is not available

Foto: Carian Google

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa PERKESO Selangor, Nurul Atikah Che Sarif manakala Orang Kena Saman (OKS) tidak diwakili peguam.

Pertuduhan ini adalah mengikut Seksyen 6 (1) dan (8) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 serta Peraturan 32, Peraturan-Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)