Tak Benarkan ‘Oyen’ Lepak Di Premis, Pasaraya Diancam Boikot

15 Nov 2023 • 7:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
oyen

Sebuah pasaraya di Yorkshire Utara, United Kingdom diancam boikot selepas seekor kucing ‘oyen’ tidak dibenarkan masuk ke dalam premis berkenaan lagi.

image is not available

Oyen tak boleh duduk di kawasan pasaraya lagi

Memetik laporan dari Metro UK, penduduk Hornsea dikatakan berang dan mengancam untuk tidak datang ke pasaraya berkenaan selepas kucing yang diberi nama Lincoln The Cat tidak lagi berkeliaran di situ.

Ujar pengurusan pasaraya berkenaan, kucing berwarna oren terbabit tidak dibenarkan untuk berada di situ lagi disebabkan alasan kesihatan serta keselamatan.

“Ini akan menjadi lawatan terakhir saya ke sini jika Lincoln tidak dikembalikan semula.

“Mereka tidak akan mendapat sesen pun daripada saya. Lincoln hanya menceriakan hari kamu apabila melihatnya. Ia sangat cantik, sangat penyayang,” kata salah seorang penduduk Hornsea.

image is not available

Pemilik Oyen sukar halang, tapi akan pastikan ia tak kesana

Dalam pada itu, pemilik kepada Lincoln, Lorraine Clarke mengatakan yang dia cuba untuk menjauhkan Lincoln dari pasaraya berkenaan, namun sukar kerana kawasan tersebut merupakan lokasi kegemarannya.

image is not available

Sumber: Metro UK