
Satu video menyedihkan tular di TikTok menunjukkan longgokan daging korban dipercayai lebih 20 kilogram dibuang begitu sahaja di kawasan pembuangan sampah sekitar Jeram, Selangor.
Menerusi video berdurasi 12 saat yang dimuat naik pengguna @hanismuzaini, kelihatan daging merah masih segar bertaburan atas tanah bersama timbunan plastik sampah lain.
Lebih 20kg daging dibuang di tempat sampah
VIRAL DAGING KORBAN DIBUANG petang ni LEBIH 20kg area Jeram Selangor. TERGAMAK NYA BUANG SEBEGITU SAHAJA TANPA TANAM ATAU SEBAGAINYA. #dagingkorban #dibuang
Apa yang lebih mengejutkan ialah tiada langsung usaha untuk menanam atau melupuskan daging tersebut secara terhormat, seperti yang sepatutnya dilakukan apabila berlaku lebihan atau situasi yang tak dapat dielakkan.
Tindakan tidak bertanggungjawab ini ternyata mengundang kemarahan dan rasa sebak ramai netizen.
Sumpah sebak rasa hati tengok benda ni terjadi.
Ramai warganet meluahkan rasa terkilan dan menganggap ia sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati ibadah korban.
Perakam sudah tanam daging yang dijumpai
Replying to @shahrilfitriismail alhamdulillah. Dah ada yg uruskan.. Kerja pembersihan terus dilakukan. Alhamdulillah semua dah selesai. #dagingkorban #dibuang
Mana tidaknya, daging yang sepatutnya diagihkan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan, akhirnya berakhir di tempat sampah.
Malah, ada yang mempersoalkan bagaimana hal ini boleh berlaku dan siapa yang bertanggungjawab.
Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan nilai ibadah korban, tetapi juga boleh menimbulkan isu kesihatan dan pencemaran jika dibiarkan begitu sahaja.
Pssttt! Ibadah korban bukan sekadar sembelih dan agih, tapi ia datang dengan amanah dan tanggungjawab. Kalau rosak sekalipun, daging itu sepatutnya ditanam bukannya dilupus macam sampah sarap.
Kredit: TikTok @hanismuzaini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.



