Tak berdiam diri, Azizulhasni Awang bersuara isu baju Sukan Olimpik negara

26 Jun 2024 • 10:01 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sejak kebelakangan ini, peminat sukan tanah air meluahkan rasa tidak puas hati terhadap design pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang dikatakan agak ketinggalan dan ‘membosankan’.

Tidak terkecuali, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersuara mengenai isu tersebut yang meminta pereka fesyen tempatan, Emran Rijal untuk berkolaborasi bersama kontingen Malaysia untuk menghasilkan pakaian rasmi sukan Olimpik.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Emran Rijal dengan memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Mohd Azizulhasni di Insta-story.

Azizulhasni Awang bersuara

image is not available

“Bro, kontingen Malaysia sepatutnya berkolaborasi dengan kamu untuk menghasilkan pakaian rasmi sukan Olimpik kita,” ujar Mohd Azizulhasni.

Hargai cadangan yang diberikan oleh pemenang pingat Sukan Olimpik dua kali itu, Emran berkata sentiasa berlapang dada untuk menerima tawaran tersebut sekiranya diberi peluang.

Azizulhasni Awang bersuara

image is not available

“Kalau saya diberi peluang, dengan senang hati saya akan melakukannya dan buat ia sebagai satu projek kolaborasi bersama pereka Malaysia yang lain.

“Negara kita kaya dengan pelbagai budaya dan ia sangat mengecewakan apabila saya tidak dapat peluang untuk mengetengahkan idea tersebut sebelum ini.

“Semoga yang terbaik untuk kamu, JAGUH!” katanya.

image is not available

Terdahulu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah merasmikan pakaian kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan iaitu baju berkolar, baju T dan jaket di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Bagaimanapun, ia menerima kecaman hebat netizen kerana tidak berpuas hati dengan rekaan ditampilkan bahkan, ramai yang berpendapat MOM boleh menghasilkan rekaan yang lebih baik untuk kontijen negara.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib, pakaian rasmi kontinjen negara tersebut telah dibangunkan dengan mengambil kira konsep rekaan terkini walaupun berdepan cabaran tertentu.

Sumber: Instagram @Emran Rijal