Tak Berperikemanusiaan, Israel Arah WHO Alih Bekalan Kesihatan Ke Gaza

8 Dec 2023 • 10:17 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

KKM Kutuk Tindakan Israel Halang Bekalan Kesihatan Dari Gudang Di Selatan Gaza

Tak Berperikemanusiaan, Israel Arah WHO Alih Bekalan Kesihatan Ke Gaza. Kementerian Kesihatan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk mengalih bekalan kesihatan dalam tempoh 24 jam dari gudang perubatan di Selatan Gaza.

Menurut sumber, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa menyatakan bahawa tindakan yang tidak berkeperimanusiaan itu wajar diselar oleh seluruh dunia.

image is not available
Tak Berperikemanusiaan, Israel Arah WHO Alih Bekalan Kesihatan Ke Gaza. Sumber foto: globalgiving

“Keputusan Israel untuk melakukan perkara tersebut bukan sahaja menyekat hak kesihatan dan hak kehidupan rakyat Palestin, malah akan merumitkan keadaan untuk mencapai penyelesaian terhadap keamanan di Palestin. 

“Kegagalan suara mahupun tindakan daripada komuniti antarabangsa jelas menunjukkan ketidaksamaan dalam layanan terhadap warga Palestin,” ujarnya menerusi laporan.

Terdahulu, 70 peratus hospital di Genting Gaza terpaksa hentikan operasi

Sebelum ini, media turut melaporkan kira-kira 70 peratus hospital di Genting Gaza terpaksa menghentikan operasi setelah kempen pengeboman rejim Zionis berlarutan selama hampir dua bulan.

Ketua Pasukan Penilaian Biro Statistik Pusat Palestin, Hossam Khalifa mengesahkan situasi perkhidmatan kesihatan di wilayah itu yang semakin meruncing menerusi wawancara pada Ahad.

Zionis musnahkan 50,000 daripada 400,000 unit perumahan

“Serangan bertalu-talu rejim Zionis turut memusnahkan kira-kira 250,000 daripada 400,000 unit perumahan di Gaza. 

“Kos kerugian ekonomi di wilayah terkepung itu akibat perang genosid Israel juga mencecah AS$700 juta (RM3.3 bilion) pada Oktober,” jelasnya. 

Susulan situasi kekejaman dari zionis, WHO menggesa tindakan segera untuk memulihkan sistem kesihatan di Gaza yang terjejas teruk akibat kempen pengeboman rejim Zionis.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/bayi-di-gaza-terpaksa-dibungkus-guna-aluminium/

https://www.iloveborneo.my/mcdonald-sumbang-rm1-juta-kepada-palestin/