Tak Boleh Berjauhan Tapi Tinggal Anak Pergi Oversea, Noh Kata Mizz Nina Cuba Menipu

Entertainment
7 Feb 2024 • 9:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Konflik penjagaan anak angkat bernama Musa nampaknya semakin rumit apabila selebriti Noh Salleh dan bekas isteri, Mizz Nina tampil mempertahankan hak masing-masing.

Lebih panas lagi, apabila penyanyi Fynn Jamal tiba-tiba masuk campur meminta suami Mizz Nina iaitu Essam Muhammad untuk diam.

Katanya Fyn tahu cerita sebenar dan Allah SWT adalah saksinya, apa cerita sebenar tu ya?

image is not available

Di Instagaram Story, Noh dilihat mengiyakan dakwaan itu dan berkata kebenaran sudah keluar. Noh juga bersetuju apabila rakannya mempersoalkan kenyataan Mizz Nina yang didakwa tak boleh berjauhan tetapi meninggalkan Musa di bawah jagaan Bibik.

image is not available

image is not available

Dalam hantaran repost yang lain, rakan Noh berkata, dua hari sebelum Musa diambil semula oleh Mizz Nina. Dia ada menghubungi Noh berkongsi video anaknya, Zara.

Noh turut berkongsi foto sedang memberikan Musa susu. Dia melihat Musa tersenyum di dalam gambar itu.

Jadi, rakan Noh tak boleh hadam kenyataan Mizz Nina kononnya tak boleh berjauhan tetapi memberikan tugas membentuk anak kepada Bibik.

Kredit: Instagram Noh Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved