“Tak Boleh Berpisah Langsung” – Aksi Manja Song Jihyo & Kim Jongkook Jadi Perhatian

EntertainmentMusic
18 Jun 2024 • 12:00 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Memang tak dapat dibendung hubungan rapat antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo.

Meskipun bertegas mereka hanya rakan baik sahaja namun keduanya dilihat kekal mesra dalam episod terbaru “Running Man”.

Dalam satu babak, Song Ji-hyo dilihat memilih untuk duduk di antara Kim Jong-kook dan Haha meskipun ada lagi ruang yang lebih luas di bahagian tengah kerusi panjang itu.

Malah lelaki berbadan sasa itu dilihat menyambut kedatangan pelakon wanita itu dan langsung tak berganjak sedikit pun malah membuang objek yang berada di situ bagi memastikan Song Ji-hyo duduk dengan selesa.

Komen peminat, “Memang tiada ruang antara mereka” dan pelbagai respon mengusik lagi.

Dah macam magnet dah dorang dua..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.