

Tiga jenis saman termasuk AwAS perlu dijelaskan agar tidak disenarai hitam
Ada tunggakan saman? Selesaikan secepatnya, kerana bermula Julai ini, pemilik kenderaan yang tidak menyelesaikan bayaran saman membabitkan tiga jenis notis daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dikenakan sekatan urus niaga di jabatan itu dan disenarai hitam.
Berikut adalah tiga jenis notis saman yang terlibat:
Saman
atau Saman 53A.Notis Temu Siasat (114).Notis Saman Tampal atau JPJ(P)23 (115).
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, sekatan ini akan dikuatkuasakan selepas tempoh tawaran kompaun khas berakhir pada 30 Jun. Tawaran kompaun itu kini sedang berlangsung dengan kadar rata RM150 bagi ketiga-tiga kesalahan tersebut.
Tindakan Tegas Menanti

Aedy Fadly menjelaskan bahawa pesalah jalan raya yang gagal menjelaskan tunggakan saman akan menghadapi sekatan sehingga bayaran dibuat.
"Mereka tidak boleh memperbaharui lesen dan cukai jalan kenderaan selagi tidak menjelaskan tunggakan saman. Jadi sekarang ini kita beri peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai saman tiga kesalahan yang ditetapkan itu untuk menjelaskan segera,” jelasnya.
Jutaan Saman Belum Dijelaskan

Kaunter JPJ
Beliau turut mendedahkan terdapat kira-kira dua juta saman yang masih belum dijelaskan dan menyeru orang ramai memanfaatkan tempoh pemutihan ini.
“Kita tidak akan cari (pesalah jalan raya) tapi kita sekarang dalam tempoh pemutihan, malah masih ramai belum tahu ada kadar kompaun khas ini," tambahnya.
Pembayaran boleh dibuat melalui kaunter JPJ atau aplikasi MyJPJ.
Sumber: BH


