Tak cukup satu, Hong Kong sapu habis carta dunia kulinari, 7 restoran tersenarai Asia’s 50 Best 2025

WorldFood
10 Apr 2025 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HONG KONG antara destinasi percutian dalam Asia yang sedang hit sekarang ini, terutamanya dalam dunia kulinari.

Mana tidaknya, syurga gastronomi Timur itu melakar sejarah luar biasa bagi tahun ini apabila berjaya menawan carta teratas untuk Asia’s 50 Best Restaurants 2025.

Antara pengiktirafan yang diterima seperti Restoran The Chairman menduduki posisi kedua manakala WING pula gah di tempat ketiga.

Sementara itu, pemilik The Chairman, Danny Yip berkata, pihaknya turut berasa teruja dengan pencapaian tersebut.

image is not available

“Pengiktirafan ini saya dedikasikan kepada semua yang bekerja di restoran Cina. Mereka yang jadikan masakan Cina bukan sekadar makanan semata-mata, tapi tentang hubungan dan budaya.

image is not available

“Kami teruja dapat kongsi perjalanan kulinari di pentas dunia dan harap ia dapat memberi inspirasi supaya lebih ramai menghargai keunikan masakan kami,” katanya.

image is not available

Menurut Cef yang juga pemilik WING, Vicky Cheng, satu penghormatan buat pasukannya apabila diiktiraf antara restoran terbaik di Asia.

“Kejayaan itu menunjukkan usaha kami untuk sentiasa mencabar batas kreativiti dalam dunia masakan. Kami juga bangga dapat jadi sebahagian daripada warna-warni rasa Hong Kong.”

image is not available

Selain The Chairman dan WING, lima lagi restoran yang menduduki carta top 50 iaitu Caprice (di tempat ke-18), Neighborhood (21), MONO (24), Estro (32) dan Andō (41).

Jika kita semak senarai restoran dari nombor 51 hingga 100 pun, Hong Kong tetap maintain dengan enam lagi restoran tersenarai.

image is not available

Antaranya VEA (53), Xin Rong Ji (56), Testina (60), Ta Vie (64), Feuille (93), dan 8½ Otto e Mezzo Bombana (94).

Maksudnya, daripada carta teratas sampai ke bawah 100 sekali pun, Hong Kong tak kurang hebat!

image is not available

Dalam dunia bar pula, Hong Kong turut mendominasi sembilan bar sekali gus mengekalkan reputasi Hong Kong sebagai syurga buat pencinta koktel dan suasana eksklusif.

Lebih menarik, Hong Kong juga bakal jadi tuan rumah acara World’s 50 Best Bars 2025 buat pertama kali!

image is not available

Acara berprestij itu akan berlangsung pada 8 Oktober nanti di lokasi ikonik Kai Tak Cruise Terminal seterusnya membuka satu lagi peluang besar untuk Hong Kong terus mencuri tumpuan dunia.

Jadi, kalau kalian peminat makanan sedap, Hong Kong patut ada dalam wish list destinasi percutian anda sekarang!