Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini menerangkan mengenai hukum peniaga meletakkan syarat supaya pelanggan membeli makanan vendor terlebih dahulu sebelum dibenarkan membeli makanan yang diingini.
Menurut ustaz, urusan jual beli hanya sah untuk barang yang dikehendaki. Manakala, bagi barang yang tidak dikehendaki, jual beli adalah tidak sah kerana wujud paksaan dan tanpa keredhaan pembeli.
@mayakar1n Replying to @amaleena ustaz azhar idrus>support vendor. sy just share apa y uai ckp ja tau. #ustazazharidrus #tanyaustadz ♬ original sound – beautyqeyla
Susulan video ini, ada netizen mengaitkan nama usahawan terkenal dari Pulau Pinang iaitu Kieda Crepe. Menurut Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra, dia tak pernah memaksa pelanggan untuk membeli di premisnya.
Jelas Kieda lagi, dia sudah meletakkan banner mengenai syarat-syarat belian di tingkat bawah dan pintu masuk premisnya. Jadi, pelanggan boleh membuat keputusan sama ada mahu meneruskan belian atau tidak.




Kieda menegaskan sistem kedai adalah ‘support’ vendor terlebih dahulu, barulah ‘support’ pemanis mulutnya. Banner juga telah dinaikkan sejak Disember 2022.
Usahawan ini berharap pembeli tak rasa terpaksa kerana dia tidak pernah memaksa sesiapa. Dia cuma membuat syarat supaya peniaga lain turut mendapat rezeki daripada pelanggan yang berkunjung ke premisnya.
Kredit: TikTok Kieda Crepe | maya kar1n

