Tak dapat duit beli dadah, buruh binaan mengamuk, ugut isteri

9 Apr 2024 • 4:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pistol angin yang dirampas. (Gambar kecil: Mohd Azam)

AMPANG - Seorang lelaki mengamuk selepas gagal mendapatkan wang daripada isterinya untuk membeli dadah di Ampang Saujana, di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 1 pagi, lelaki yang juga seorang buruh binaan itu telah mengetuk pintu rumah dan menjerit dengan kuat supaya isterinya membuka pintu.

"Isterinya enggan membuka pintu kerana bimbang akan keselamatan diri serta suaminya mengamuk disebabkan wanita itu tidak memberikan wang untuk membeli dadah.

"Wanita berkenaan telah menghubungi pihak polis untuk mohon bantuan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Azam berkata, semasa menunggu anggota polis tiba di lokasi, anak pasangan itu memaklumkan pernah nampak ada sepucuk objek yang menyerupai pistol (pistol angin) warna hitam yang berada di bawah meja solek.

"Lelaki itu telah ditahan reman tujuh hari sehingga 14 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved