Tak Dapat Greenlight Main Bola, Isteri Jemput Suami Tengah Padang Suruh Balik

31 Aug 2022 • 10:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

No greenlight, no permission.

Tak Dapat Greenlight Main Bola, Isteri Jemput Suami Tengah Padang Suruh Balik. Lelaki kalau sudah berkahwin, nak ajak kawan lepak pun susah dan paling menyedihkan kena minta kebenaran isteri dahulu baru lepas.

Tular di media sosial apabila seorang lelaki terpaksa menghentikan perlawanan lebih cepat kerana dijemput oleh isterinya untuk pulang ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

image is not available
Tak Dapat Greenlight Main Bola, Isteri Jemput Suami Tengah Padang Suruh Balik

Kejadian lucu bercampur sedih itu dikatakan berlaku di Madura, Indonesia dan meraih pelbagai reaksi netizen di Indonesia dan tidak lupa juga rakyat Malaysia.

Video tersebut memaparkan seorang wanita meluru masuk ke arah padang bola tanpa segan silu sambil memakai helmet.

Suasana di atas padang diselubungi kekeliruan dan wanita tersebut terus mendekati seorang lelaki dan menariknya keluar daripada padang bola tersebut.

Sudah semestinya, penonton dan pemain lain turut bersorak selepas menyaksikan perkara lucu itu dan pengadil terus meniup wisel untuk menangguhkan perlawanan tersebut.

image is not available
Lelaki yang menyarung jersi nombor 30 diheret keluar padang. Kredit: Tiktok UtusanTV

Setelah diheret keluar padang, lelaki tersebut kelihatan malu dengan perbuatan melulu wanita tersebut kerana disaksikan oleh penonton dan rakan sepasukannya.

Bagi red card dekat bini dia – netizen

Netizen juga tidak melepaskan peluang memberikan reaksi yang lucu dengan situasi yang berlaku dan katanya kad merah sepatutnya dilayangkan pada wanita itu.

Haa, kepada para suami di luar sana pastikan anda sudah meminta kebenaran isteri terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu walaupun hanya selangkah keluar pintu rumah.

Lagi kisah menarik buat anda di sini: