Tak Dapat Terima Pertunangan Dibatalkan, Lelaki Ini Didedahkan Kerap Mengganggu Bekas Tunang

4 Aug 2022 • 4:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Difahamkan, bekas tunang wanita itu sering mengganggu wanita tersebut sehingga menjejaskan kehidupan wanita itu

Tak Dapat Terima Pertunangan Dibatalkan, Lelaki Ini Didedahkan Kerap Mengganggu Bekas Tunang. Jika sebuah pertunangan dibatalkan, kita terpaksa terima bahawa mungkin ia adalah yang terbaik dan tiada jodoh antara pasangan itu. Tetapi bagaimana pula jika salah seorang pasangan itu enggan menerima pertunangan dibatalkan dan sentiasa mengganggu bekas tunang mereka untuk menerima mereka kembali?

Perkara inilah yang menimpa wanita malang dari Sabah ini, yang berkongsi kisahnya di Facebook tentang sentiasa diganggu oleh bekas tunangnya dan netizen bersimpati dengan wanita itu.

image is not available
Tak Dapat Terima Pertunangan Dibatalkan, Lelaki Ini Didedahkan Kerap Mengganggu Bekas Tunang

“Tetap dia meroyan dan balik2 kejar saya,” – wanita itu

Wanita tersebut, Sharina Marican binti Ariffin, berkongsi pengalamannya kerap diganggu oleh bekas tunangnya menerusi Facebook peribadi beliau.

Menurut Sharina, mereka sekeluarga telah cuba memujuk bekas tunangnya untuk membatalkan pertunangan mereka secara baik, malah meminta bekas tunangnya untuk membawa keluarganya berjumpa dengan keluarga Sharina untuk membatalkan pertunangan mereka dengan cara aman.

image is not available
Bekas tunang Sharina (kanan). Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

Namun, bekas tunangnya itu enggan membatalkan pertunangan mereka. Malah, walaupun sudah diberi amaran oleh ibu dan abang Sharina dan laporan polis telah dibuat untuk mengambil tindakan terhadap bekas tunangnya itu, nampaknya bekas tunang Sharina masih enggan memberi kerjasama untuk membatalkan pertunangan mereka dengan cara baik.

Sehingga kini, bekas tunang Sharina sering mengganggu Sharina sehingga menjejaskan kehidupan Sharina dan kerjanya.

Sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula Sharina termasuk mendera Sharina

Setelah gagal memujuk Sharina untuk menerimanya kembali, bekas tunang Sharina memutuskan untuk memanipulasi orang lain untuk mempercayai dia dan Sharina masih bersama, termasuk memuat naik gambar peribadi Sharina di media sosial dan mendakwa mereka masih bersama.

Yang lebih mengerikan, bekas tunang Sharina mula mengintai Sharina di tempat kerjanya dan juga di rumahnya sendiri, di mana dia akan muncul hanya untuk berjumpa dengan Sharina.

image is not available
Bekas tunang Sharina dilihat cuba memasuki rumah Sharina. Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

Ia menjadi lebih teruk apabila dia mula memukulnya dan mengancam keganasan fizikal terhadapnya serta merosakkan kereta baharunya, mendakwa Sharina membeli kereta itu hanya untuk menunjuk-nunjuk.

image is not available
Kesan penderaan di tangan Sharina. Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

image is not available
Kesan penderaan di bibir Sharina. Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

Insiden yang lebih teruk setakat ini ialah bekas tunangnya cuba bergaduh dengan pemandu kereta sewanya akibat bekas tunang itu fikir bahawa pemandu itu adalah teman lelaki baru Sharina.

Jelas Sharina, beliau terpaksa menggunakan kereta sewa kerana bimbang keselamatannya jika memandu berseorang diri.

Nampaknya, itu masih tidak menghalang bekas tunangnya cuba mengheret Sharina ke dalam keretanya. Mujur rakan Sharina berada di tempat kejadian untuk merakam kejadian itu dan menghalang bekas tunang Sharina manakala pemandu kereta sewa terbabit membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Malangnya, tiada tindakan dibuat oleh polis terhadap bekas tunangnya setakat ini.

image is not available
Bekas tunang Sharina dilihat cuba memaksa Sharina memasuki keretanya setelah bergaduh dengan pemandu kereta sewa Sharina. Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

image is not available
Menurut Sharina, ini bukan kali pertama laporan polis dibuat terhadap bekas tunangnya. Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

Sanggup berbohong sebagai usaha terakhir, mendakwa menghidap kanser otak

Sharina kemudian bercerita bahawa beliau terserempak dengan bekas tunangnya sekali lagi semasa perayaan Hari Raya Haji. Pada masa itu, beliau melawati rumah jirannya dan terkejut melihat bekas tunangnya di sana.

Malah, setelah bekas tunangnya terlihat Sharina bersama keluarganya di sana, dia mula berlakon dan menangis sambil memeluk ibu Sharina untuk meraih simpati daripada keluarga Sharina. Yang lebih lucu, dia mendakwa dia menghidap penyakit barah otak sambil berpura-pura batuk! Alamak, ini dah terlalu psycho sudah ni image is not available

Jual nama Sharina untuk menaikkan bisnes peribadi

Sharina kemudian berkata bekas tunangnya kini sedang ‘jual nama’ Sharina di TikTok untuk kasi up bisnes peribadinya.

Ia juga diketahui bahawa bekas tunang Sharina rupa-rupanya bukan warga Malaysia tetapi warga Filipina.

Menurut Sharina, beliau tidak mengetahui perkara ini kerana bekas tunangnya menggunakan kad pengenalan Malaysia palsu dan hanya mengetahui kebenarannya kemudian.

image is not available
Pasport bekas tunang Sharina, yang nampaknya sudah expired. Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

Rupa-rupanya telah cuba ‘mencuba nasib’ dengan wanita lain

Walaupun cuba menunjukkan ‘bakti’nya kepada Sharina, rupa-rupanya wanita lain telah tampil dan menghantar mesej kepada Sharina bahawa mereka juga telah atau hampir dimangsakan oleh bekas tunangnya.

image is not available
Salah seorang mangsa bekas tunang Sharina. Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

image is not available
Salah seorang mangsa bekas tunang Sharina. Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

image is not available
Salah seorang mangsa bekas tunang Sharina Part 1. Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

image is not available
Salah seorang mangsa bekas tunang Sharina Part 2. Kredit foto: FB Sharina Marican Binti Ariffin

“Astaga, seramnya! Kenapa polis tidak ambil tindakan?” – netizen

Rata-rata netizen bersimpati dengan Sharina, dengan kebanyakan mereka mendoakan beliau selamat.

Terdapat juga yang bersoal mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap bekas tunang Sharina meskipun beberapa laporan polis telah dibuat terhadap lelaki itu.

Seramnya! Ini betul-betul psycho sudah ni, tak dapat bayangkan weh hari-hari menghadap ni. Asyik kena kacau bekas tunang sebab tak dapat move on!

Semoga Sharina dan keluarganya diberi kekuatan menghadapi cabaran ini dan pihak polis segera mengambil tindakan terhadap bekas tunang Sharina agar lelaki itu tidak mengganggu Sharina dan keluarganya lagi.

Lagi di sini: