“Tak Funny Langsung” – Ikut Trend Takutkan Anak Guna Audio Pontianak, Bella Astillah Dikecam Netizen

Entertainment
15 Aug 2022 • 5:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, ketika ini trend menakutkan anak kecil dengan menggunakan audio pontianak di platform TikTok sering kali dilihat dan ia bukan saja di kalangan netizen biasa, malah para selebriti turut melakukannya.

Baru-baru ini, pelakon serta penyanyi, Bella Astillah telah menyertai trend ini juga dengan meninggalkan kedua-dua anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Aderannna di dalam bilik sambil memainkan audio pontianak itu.

Selepas mendengar ‘pontianak’ itu mengilai, Ayden sememangnya terkejut lalu berlari terus ke pintu, namun ditutup rapat oleh Bella dan adiknya pula, Ara seperti tidak tahu apa yang telah berlaku.

Bagaimanapun, tindakan yang dilakukan oleh penyanyi terbabit tidak diterima baik oleh segelintir netizen dan mereka juga tidak lupa untuk menegurnya.

 

image is not available

image is not available

Mereka menasihati Bella agar tidak melakukan seperti itu kerana ia akan membuat anak-anak kecil tersebut mengalami trauma dalam jangka masa yang panjang.

Sekadar info, Bella dan Aliff Aziz telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Mereka juga pernah bercerai akibat ujian yang dihadapi tetapi rujuk semula dalam tempoh edah.

image is not available 5 hari lalu

"Trend Sampah!" - Tular Trend Terkini Di TikTok, Takutkan Budak Kecil Dengan Audio Pontianak Mengilai