
Selalu kita baca tentang pendedahan seseorang atau komen-komen lucah yang diterima individu, pasti mangsa merupakan seorang perempuan kan?
Tapi, tahu tak sebenarnya ada juga lelaki yang menjadi mangsa serangan seksual, diraba atau mendapat komen lucah daripada golongan wanita? Inilah salah satu contohnya.
"Jangan Rembat Macam Bola Pulak" - Gambar Safawi Rasid & Syifa Melvin Dipenuhi Komen Lucah
Tular di Twitter tangkap layar komen daripada beberapa pengguna Facebook yang juga wanita terhadap pemakaian dua lelaki berbasikal. Berdasarkan hantaran tersebut, difahamkan mereka mahu menunjukkan frame basikal yang patah tetapi lain pula yang dikomen netizen.
Menerusi hantaran tersebut, mereka dikecam netizen kerana memberikan komen lucah dan kata mereka, jika kaum Adam yang berbuat begini kepada wanita sudah tentu mereka itu akan digelar pervert dan ditularkan di media sosial.
Jenis pompuan gila seks. pic.twitter.com/CsWUHQuhuk
— Amran Fans (@_AmranFans) January 20, 2023
Hantaran asal gambar itu di Facebook mendapat sehingga 2,800 komen dan rata-ratanya memberikan respon tentang hal yang sama dengan menggunakan kata-kata ‘double meaning’.
Segelintir individu menyalahkan admin page Facebook itu kerana tidak crop gambar tersebut menyebabkan mereka terpandang ke arah yang lain. Memalukan ye perangai perempuan macam ni!

The post “Tak Geli Ke ‘Parking’ Atas?” – Ramai Wanita Di FB Komen Lucah & ‘Double Meaning’ Gambar Lelaki Berbasikal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


