Tak Guna Nombor Plat Sebenar, JPJ Panggil Pemilik Kereta McLaren – “Salah & Boleh Kena Saman”

21 Jun 2023 • 11:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang didakwa menggunakan nombor pendaftaran lain pada kenderaan mewah jenis McLaren miliknya.

Malah, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai berkata dia tidak menerima sebarang pangggilan ataupun surat daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Terkini, Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Erick Jusiang memaklumkan tindakan tersebut merupakan satu kesalahan. Lapor, Berita Harian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff Awang (@diariseorangtrader)

Bukan itu sahaja, Eric berkata kesalahan itu juga boleh dikenakan saman walaupun nombor plat tersebut tidak digunakan di atas jalan raya.

Malah, pihak JPJ akan mengeluarkan notis temu siasat terhadap pemilik kereta mewah McLaren tersebut untuk proses siasatan lanjut.

Semakan pada sistem MySikap mendapati nombor pendaftaran yang dipamerkan pada kereta McLaren itu berbeza dengan kenderaan sebenar.

image is not available

Kita tegaskan tindakan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain tetap menjadi kesalahan dan boleh dikenakan saman.

Terdahulu, pihak JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada kereta McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar juga adalah orang berbeza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Nombor Plat QPA1 Tak Guna Atas Jalan" - Nafi Dipanggil JPJ, Opai Bosan Netizen Selalu Guna Namanya Untuk FYP