Tak Hadir Di Lawatan PM, MB, Exco Terengganu Terima Kecaman

Politics
13 Jan 2023 • 5:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Samsuri Mokhtar - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) Terengganu mengecam tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan exconya yang didakwa ‘memboikot’ kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri itu semalam. 

Menyifatkan tindakan tersebut tidak menghormati tetamu, Ketua Penerangan PH Terengganu, Mohd Sufian Mat Ali berkata, ketiadaan menteri besar dan barisan exco dilihat seolah-seolah meremehkan kehadiran Perdana Menteri.  

Menurut beliau, hubungan antara kerajaan negeri dan Pusat seharusnya berjalan dengan baik demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri. 

“Alasan tiada makluman rasmi dari pejabat Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja hadir menyambut Perdana Menteri. 

“Pada era pentadbiran Tuan Guru (Datuk) Nik Aziz di Kelantan, walaupun negeri itu dianaktirikan oleh kerajaan pusat, tidak pernah sekali pun Allahyarham membelakangi Perdana Menteri yang hadir sebagai tetamu,” katanya. 

Kedatangan Anwar ke Terengganu semalam dilaporkan tidak disambut Menteri Besar atau wakilnya walaupun Ahmad Samsuri dikatakan ada di negeri berkenaan. 

Mohd Sufian berkata, tindakan terbabit boleh diibaratkan sebagai satu pengisytiharan perang antara kerajaan negeri dan pusat, yang semestinya membawa natijah buruk kepada rakyat Terengganu.

“Menteri Besar dan exco perlu muhasabah dan perbaiki profesionalisme mereka bagi kepentingan negeri berbanding mengutamakan dendam politik mereka,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved