
AKTRES
popular
sering kali berkongsi perihal pendidikan anak-anak. Lebih-lebih lagi kini selepas berkahwin dengan aktor
yang digelarnya Guru Besar.
Sering memuat naik perkembangan persekolahan dan pembelajaran anak sulungnya, Fahad Ibrahim atau Yem, boleh dikatakan
content
Nad serta Ungku Ismail bikin pecah perut!
Pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, 32, itu ditanya tentang pilihannya untuk tidak menghantar anak ke pusat pendidikan swasta sebagaimana kebiasaan rakan artis dan golongan elit.
Artikel berkaitan:
- ‘Aku dahaga nak ke dapur pun takut...,Nad Zainal kongsi gelagat tegas suami mengajar anak mengaji
- [16 FOTO] ‘Know-know nikah’- Sekitar ijab kabul Nad Zainal, Ungku Ismail, ramai titip doa kebahagiaan
- 'Kami tak tunggu bulan madu.' Ungku Ismail, Nad Zainal rupanya bunting pelamin, sebulan nikah terus hamil 6 minggu

"Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta? Oh jawapannya mudah.
"Jimat dan saya yakin hantarlah mana sekolah pun, didikan dan disiplin awal dari rumah.

"(Ini tambah sikit daripada Ungku Ismail) yang penting ikut kemampuan. Ramai sahaja yang berjaya di luar sana sebagai 'produk' sekolah kerajaan," kongsinya.
Warganet bersetuju dengan Nad dan menyokong jawpaan pelakon
Dendam Seorang Isteri
itu.
Rata-rata berpendapat pemilihan sekolah tidak menentukan kejayaan anak namun ada juga yang mengakui memilih pendidikan swasta kerana lebih mudah menguruskan.

"Betul tu, ikut kemampuan. Paling penting adab yang bermula dari rumah."
"Berjaya atau tidak seseorang itu bukanlah disebabkan di mana dia bersekolah. Tetapi bagaimana dia belajar dan menerima apa yang diajar."
"Pucuk pangkal peranan ibu bapa dan perlu rajin mengajar anak. Anak tujuh tahun sudah mahir membaca. Didikan awal di rumah penting."
"Bagi saya pilihan masing-masing. Macam saya hantar anak private school sebab senang urus, sekolah agama sebelah petang di tempat yang sama. Saya tak percaya transit sana sini bimbang keselamatan anak."
Untuk rekod, Ungku Ismail dan Nad berkahwin pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 10 Oktober pada tahun yang sama.
Sebelum ini Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom, 4.

