Tak harap jawatan! KJ bantu BN berkempen demi balas jasa -“Biar saya turun”

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 3:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turun padang membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Mohamad Najib Samuri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bantu kempen untuk BN

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Khairy tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari di Sup Kambing Kanopi Parit Besar dan disambut Mohamad Najib bersama Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohd Lassim Burhan.

Image from: Tak harap jawatan! KJ bantu BN berkempen demi balas jasa -“Biar saya turun”

Bersyukur diterima semula

Dalam ucapannya, Khairy meluahkan rasa syukur selepas diterima semula sebagai ahli UMNO susulan pemecatannya pada 28 Januari 2023.

Beliau menyatakan kehadirannya membantu kempen BN adalah sebagai tanda penghargaan kepada kepimpinan parti yang menerima beliau kembali, selain mahu menggunakan pengaruhnya bagi memastikan kemenangan calon-calon BN dalam PRN Johor.

“Saya nak balas jasa pimpinan UMNO yang menerima saya kembali dengan membantu calon BN menang dalam PRN Johor.
“Saya tidak minta apa-apa jawatan dari Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Saya kata biar saya turun,” katanya ketika menyampaikan ucapannya.

Image from: Tak harap jawatan! KJ bantu BN berkempen demi balas jasa -“Biar saya turun”

Untuk rekod, Mohamad Najib sebelum ini memenangi kerusi DUN Parit Yaani dengan majoriti 294 undi dalam saingan empat penjuru, sekali gus merampas kerusi itu daripada Pakatan Harapan (PH).

Bagi PRN Johor ke-16, penyandang kerusi itu bakal berdepan calon PH, Md Ezam Md Taslim.

DUN Parit Yaani mempunyai seramai 44,741 pengundi berdaftar.

Sumber: Utusan Malaysia (Arif Aiman Asrol)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved