“Tak Hormat” – Kim Junghyun Dikecam Mohon Maaf Pada Seohyun Atas Pentas Dek Kelakuan Buruk Pada 2018

WorldEntertainment
2 Jan 2025 • 11:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa sangka isu Kim Jung-hyun melayan Seohyun Girls’ Generation dengan buruk kembali diperkatakan semula kini.

Terbaru, Kim Jung-hyun yang memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Drama KBS 2024 dilihat telah memohon maaf secara terbuka pada Seohyun, iaitu hos untuk majlis berkenaan.

Walaupun anugerah itu berlangsung secara pra-rakaman dan tidak sisiarkan di televisyen bagi menghormati tempoh berkabung insiden maut pesawat Jeju Air, namun terdapat penonton di lokasi berkenaan telah memuat naik mengenai kejadian itu di laman sosial.

Rata-ratanya mengecam perbuatan Kim Jung-hyun itu memandangkan hal tersebut sudah bertahun berlaku dan merasakan dia sepatutnya memohon maaf secara peribadi sahaja. Ini kerana mereka merasakan lelaki itu tidak menghormati Seohyun yang perlu bersikap profesional memandangkan dia sedang menjalankan tugas sebagai hos anugerah itu.

Bagi yang tidak mengetahui, Kim Jung-hyun pernah dikritik kerana melayan Seohyun endah tak endah semasa siding media drama “Times” pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, lelaki itu memberikan alasan bahawa dia mempunyai masalah kesihatan mental pada Ketika itu.

Pada 2020, isu sebenar terbongkar apabila Seo Ye-ji didedahkan merupakan punca kejadian itu di mana dia merupakan kekasih Kim Jung-hyun pada tempoh berkenaan dan bertindak mengawal kelakuan kekasihnya. Katanya, wanita berkenaan menghalang lelaki itu bertindak mesra mahupun rapat dengan teraju wanita termasuklah staf perempuan yang lain.

Ish ish..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.