“Tak Hormat Orang Mati!” – Budak ‘Terpaling’ Metal Bangga Bergambar Di Kubur, Persenda Netizen Yang Tegurnya

3 Oct 2023 • 2:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, di laman Twitter (X), seorang individu menyuarakan rasa kurang senang apabila terdapat ada lelaki menceroboh kawasan kubur dan mengambil gambar dengan gaya yang tidak sopan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh individu tersebut, dia mohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pengguna TikTok yang bernama Always Razeeq kerana telah menyentuh sensitiviti agama.

Sebelum ini, di laman TikTok tular satu video memaparkan sekumpulan budak ‘metal’ bangga bergambar di kawasan perkuburan Kristian dengan gaya yang tidak sopan.

Biarpun sudah ditegur oleh ramai pihak, lelaki bernama Razeeq itu seakan-akan tidak mengendahkan teguran netizen serta sempat persendakan mereka.

image is not available

image is not available

image is not available

Bahkan seperti sangat bangga dapat bergambar dengan gaya metal di kawasan perkuburan dan merasakan diri mempunyai ilmu metal yang tinggi daripada orang lain.

Kebanyakkan merasakan lelaki terbabit tidak menghormati si mati dan keluarga.

image is not available 10 months ago

"Saya Anak 4 Pun Takde Kesan" - Individu Dianggap Tak Sensitif Persoal Perut Ibu Bersalin Ada 'Stretchmark'"

View Original Article