“Tak Hormat Privasi Orang Ke..” – Dedah Identiti Isteri Changmin TVXQ, Park Jihyun Terus Dikritik Netizen

Music
26 Jan 2024 • 10:28 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pejam celik pejam celik, sudah 3 tahun Chang-min TVXQ mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya.

Bagaimanapun sehingga hari ini, Chang-min masih belum pernah mendedahkan wajah atau maklumat tentang isterinya, kerana lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

Namun pada 25 Januari, Park Ji-hyun yang menjadi tetamu dalam sebuah rancangan radio, telah bercakap mengenai isteri lelaki itu dan secara tidak mengaja membocorkan maklumat tentang wanita tersebut.

Pada awalnya, pelakon itu berkongsi bahawa dia adalah peminat TVXQ,

Saya adalah peminat TVXQ. Saya adalah ahli kelab rasmi peminat mereka ‘Cassiopeia’ dan saya menyukai semua lagu mereka.

image is not available

Sambungnya lagi,

Sejujurnya, kawan saya berkahwin dengan ahli TVXQ iaitu Chang-min. Dia bukanlah peminat kumpulan itu dan dia juga bukan selebriti.

Bukan itu sahaja, dia juga turut menggelar wanita itu sebagai ‘kawan’ bermakna umur isteri Chang-min adalah sebanya dengannya iaitu dilahirkan pada tahun 1994.

Memandangkan Chang-min sendiri tidak pernah bercakap tentang isterinya, perkongsian Park Ji-hyun itu telah menerima kritikan dari beberapa netizen dek sambil lewa mendedahkan tentang identiti isteri penyanyi lelaki tersebut.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article