“Tak Hormat Shin Hyesun” – Ji Changwook Minta Maaf Merokok Ketika Penggambaran ‘Welcome To Samdalri’

Entertainment
11 Feb 2024 • 11:33 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pelakon Ji Chang-wook memohon maaf apabila dia terpalit kontroversi merokok ketika penggambaran.

Pihak agensi Ji Chang-wook, Spring Company memberikan kenyataan rasmi yang mengatakan,

Kami memohon maaf kepada semua yang merasa tidak selesa dengan tindakan Ji Chang-wook yang dikritik dalam rakaman belakang tabir yang diriliskan pada 26 Januari.

Pihak agensi juga menjelaskan,

Dalam video tersebut, terdapat adegan Ji Chang-wook menggunakan rokok elektronik dalam set penggambaran dalam bilik. Kami memohon maaf kepada mereka yang menganggap adegan ini tidak sesuai.

Tambahan lagi,

Ji Chang-wook juga menyedari tindakannya tidak sesuai dan merasa telah mengecewakan ramai orang. Kami sekali lagi memohon maaf kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan, pelakon, serta penonton yang mencintai karya tersebut. Kami akan mengambil langkah berjaga-jaga agar tindakan tidak sesuai ini tidak berulang.

Drama JTBC “Welcome to Samdalri”, yang berakhir pada 21 Januari, telah mengeluarkan video pembuatan untuk penonton pada 26 Januari.Tanpa sengaja, video itu menyelitkan kelakuan Ji Chang-wook tersebut lantas menerima kritikan penonton dan netizen.

image is not available

Meskipun merokok adalah urusan dewasa dan dibuat atas keputusan sendiri, namun pelakon itu dikecam kerana berkelakuan demikian dalam ruangan tertutup ketika sedang berlatih berlakon dengan ramai rakan pelakon dan pihak produksi lain.

Kena berhati-hati lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.