Tak Jadi Putus, Janna Nick Dan Dini Schatzmann Sah Nikah Di Langkawi

Entertainment
10 Jun 2023 • 9:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sah! Pasangan merpati dua sejoli Janna Nick dan kekasih hatinya Dini Schatzmann akhirnya telah selamat bergelar suami isteri sebentar tadi.

Memetik laporan Gempak!, pasangan ini dikahwinkan dalam majlis tertutup dihadiri sanak saudara dan rakan selebriti yang berlangsung di Langkawi.

image is not available

Pasangan ini diijabkabul kira-kira 8.35 pagi tadi berwalikan bapa Janna Nick dan bersaksikan sepupunya, Amir Fikri serta Amar Fikri.

Lapor Gempak lagi, Dini memberikan mas kahwin sebanyak RM2,703 sempena perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 serta seutas rantai emas.

Majlis resepsi mereka seterusnya dijadualkan berlangsung di sebuah resort terkemuka di pulau itu.

Tahniah Janna Nick dan suami!

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.