Tak kelakar! Jangan jadikan tarikh Aidilfitri gurauan

14 Apr 2023 • 6:59 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak menjadikan tarikh sambutan Aidilfitri sebagai bahan gurauan di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pengisytiharan bermulanya 1 Syawal dan perayaan Aidilfitri terletak pada bidang kuasa pihak berkaitan dan pengguna media sosial perlu mengambil serius mengenai perkara itu.

image is not available

“Oleh kerana kuasa mengisytiharkan tarikh itu terletak pada penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka saya nasihatkan kepada rakan-rakan di luar sana khususnya di media sosial untuk mengambil serius mengenai perkara ini. Serahkan kepada pemerintah untuk menentukan.”

“Jadi saya harapkan sangat isu berkaitan ‘raya terkejut’ dan bila bermulanya raya ini kita serahkan kepada pihak tertentu dan kita hentikan perkara ini. Insya-ALLAH kita berikan tumpuan pada perkara lain,” katanya selepas merasmikan program Santuni Gelandangan di di Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK), Chow Kit pada Jumaat.

image is not availableProgram anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu turut dihadiri Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Kesejahteraan Bandar DBKL, Ismadi Sakirin.

Mengulas mengenai program itu, Mohd Na’im berkata, sejumlah 600 pek juadah berbuka puasa diagihkan kepada komuniti gelandangan selain sumbangan bakul makanan turut disampaikan kepada 40 keluarga yang berada di bawah pemantauan PPK.

Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, pek juadah berbuka puasa itu turut diagihkan setiap hari di PPK berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM129,600.

image is not available

image is not available

Program anjuran JAWI itu dilaksanakan melalui kolaborasi strategik antara JFB, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Iftar Rahmah Ramadan, VFive Group Sdn Bhd, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab. – BERNAMA