“Tak Kelakar Ya..” – Rakam Video Anak Hampir Digigit Monyet Liar Sambil Gelak, ‘Parents’ Dikecam Netizen

Entertainment
27 Sep 2022 • 12:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah hantaran menjadi tular di TikTok apabila seorang pakar veterinar iaitu Dr. Ima_Vet telah mengulas mengenai satu klip video yang memaparkan seorang kanak-kanak hampir digigit oleh seekor monyet di sebuah taman rekreasi.

Dalam hantaran tersebut, kanak-kanak tersebut menghampiri seekor monyet liar dan hampir digigit di bahagian kepala sambil diperhatikan oleh ibu-bapanya dari jauh.

Berikutan itu, pakar veterinar itu telah meluahkan rasa kesal kerana kanak-kanak itu seolah-olah dibiarkan oleh penjaga kanak-kanak itu sebelum diselamatkan daripada monyet berkenaan.

Tolonglah jaga anak-anak. Benda ni tak kelakar.

Malah, lebih menyedihkan apabila terdapat suara ketawa daripada orang yang merakam kejadian itu dan terhibur dengan insiden cemas itu.

Jelas Dr Ima, orang awam diminta untuk tidak mengganggu habitat liar kerana haiwan tersebut akan menyerang manusia kerana terasa diancam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mengecam tindakan penjaga kanak-kanak itu yang dilihat sambil lewa meskipun nyawa anak mereka terancam.

Boleh dia gelak anak hampir kena gigit camtu.

image is not available

Sumber : TikTok  

Tolong kawal dan jaga anak anda ya, jangan dah terhantuk baru tergadah..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO) “Jangan Nak Viral Je!” - Pelajar Dikecam Hebat Tak Tolong Bapa Jatuh Motorsikal, Rupa-Rupanya..