Tak kira lelaki perempuan, Imran Bard dedah ibu ajar buat kerja rumah

Family & Parenting
7 Dec 2023 • 10:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial Imran Bard dedah ibu ajar buat kerja rumah seperti memasak sejak dari kecil.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Imran berkata dia hanya memiliki seorang adik beradik perempuan manakala selebihnya adalah lelaki.

Imran Bard dedah ibu ajar buat kerja rumah

“Aku adik beradik lelaki ramai, adik beradik perempuan seorang saja tapi yang perempuan dah keluar ikut suami,” katanya.

Susulan itu, pempengaruh berusia 22 tahun itu sempat berseloroh selepas adik beradik perempuan berkahwin dan mengikut suami, kini dia pula menjadi ‘anak dara’ di rumahnya.

“Jadi yang jadi anak dara tu aku, faham tak? Jadi kalau orang datang rumah cakap ‘ rajin anak dara ni’, aku pun tersipu-sipu malu, blushing.

“Lah, kita terunalah! Bukan anak dara,” selorohnya.

Sementara itu, Imran juga berkongsi bahawa ibunya tidak pernah membeza-bezakan dari segi jantina antara anak lelaki mahupun perempuan.

“Mak aku dari kecil ajar, tak kisah kau lelaki ke perempuan kau kena buat kerja perempuan juga.

“Esok isteri kau mengandung takkan kau duduk diam je biar rumah berselerak kan? Kain bertimbun takkan kau nak isteri kau yang dalam pantang tu lipat kain? Kau lelaki kau lipat kain. Kau lelaki kau masak.

“Mak aku, dia takde beza-bezakan lelaki dan perempuan. Lelaki pun kena buat kerja perempuan. Perempuan tak boleh buat kerja lelakilah,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan ibu Imran atau nama penuhnya Muhammad Al Imran Badaruddin yang mendidik anak lelaki dalam menguruskan kerja rumah.

Cara yang betul untuk besarkan anak!

image is not available

Ibu saya pun ajar benda yang sama..

image is not available

Tidak kurang ada juga berkongsi kisah sama yang mana mereka dididik oleh kedua ibu bapa untuk melakukan kerja rumah tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Aku pun kena jadi anak dara….

image is not available

Sama dengan aku….

image is not available

Melihat cara ibu Imran didik mereka adik beradik, kita dapat tengok jantina bukan alasan untuk tidak membuat kerja rumah lagi-lagi sekiranya sudah mendirikan rumah tangga!

Sumber: TikTok & Instagram Imran Bard