Tak Kisah Dikecam, Fyna Jebat Dedah Suami Bagi Lampu Hijau Jadi Penyanyi

7 Feb 2023 • 1:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Nama penyanyi, Fyna Jebat menjadi hangat sejak akhir-akhir ini apabila terpalit dengan beberapa kontroversi yang melanda dirinya.

Berikutan dengan isu-isu panas tersebut, Fyna mengakui bahawa dirinya telah tidak lagi mengambil peduli mengenai kritikan orang ramai.

Lali dikecam

image is not available

Penyanyi itu memaklumkan bahawa dia telah membiasakan diri dengan tohmahan masyarakat. Namun, setiap komen yang baik dan buruk akan diambil bagi memperbaiki diri.

Sebenarnya, apa yang baik saya ambil dan apa yang tidak baik juga saya ambil untuk perbaiki diri. Apa-apa pun saya mohon doa yang baik-baik untuk diri saya dan keluarga saya. Saya pun turut mendoakan yang terbaik untuk semua di luar sana.

Fyna juga mendedahkan bahawa suaminya, Dato’ Zainal Abidin Hassan memberi sokongan penuh kepadanya untuk meneruskan karier menjadi seorang penyanyi.

Suami tidak kisah sekiranya saya mahu menyanyi semula dan setakat ini tidak meletakkan sebarang syarat untuk saya kembali aktif. Alhamdulillah keluarga, suami dan peminat semua memberi sokongan luar biasa untuk saya sepanjang bertanding. Suami pun memang menyokong sahaja apa yang saya buat, asalkan itu yang terbaik untuk saya.

Sebelum ini, Fyna pernah terpalit dengan isu pergaduhan tarik rambut bersama madunya di sebuah restoran dan telah menerima kecaman netizen.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media